fbpx

[VIDEO] Mahu ibu suapkan makanan, permintaan banduan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mahu ibu menyuapkan makanan antara permintaan paling sedih daripada seorang banduan akhir sebelum menjalani hukuman gantung atas kesalahan yang telah dilakukan.

Kisah sedih itu diceritakan oleh Timbalan Penguasa Penjara, Penjara Wanita Kajang, Aniza Mohtar menerusi program audio siar atau ‘podcast’ disiarkan pada satu laman YouTube dan TikTok.

“Sehari sebelum dia digantung, kita tanya apa yang dia nak. Tapi pegawai penjara tak boleh bercerita (berkenaan hukuman dan sebagainya) dengan dia.

“Kita tanya ‘apa yang kamu nak?’. Saat-saat terakhir juga, ustaz dan ustazah akan masuk sentiasa dengan dia, mendekatkan dia dengan agama. Walaupun lain-lain agama, ada juga penceramah akan masuk dekat dia.

“Dia nak mak dia suapkan dia, saya tak boleh nak kata (menahan sebak). Kita bagi dan dia nak jumpa bersemuka dengan keluarga, kita bagi. Itu permintaan terakhir dia, kita bagi,” katanya pada program tersebut.

Beliau berkata, bukan hanya banduan akhir, prospek lain yang menjalani hukuman di penjara juga diberi peluang bersemuka dengan keluarga sekiranya mereka menyuarakan permintaan itu.

“Bukan banduan akhir, tapi prospek lain pun dia menjalani hukuman lama. Prospek melebihi satu tahun untuk bersemuka dengan keluarga, kita bagi. Itu lah sedaya upaya yang kita boleh membantu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Watch on TikTok

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI