fbpx

[VIDEO] Kambing ‘promosi’ jeruk mangga Aliff Syukri tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila ‘meminta’ kambing peliharaannya sendiri memberikan ulasan tentang jeruk mangga terbaharunya.

PETALING JAYA – Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila ‘meminta’ kambing peliharaannya memberikan ulasan tentang jeruk mangga terbaharunya.

Menerusi video yang dikongsi oleh @Papalarisofficial di TikTok, dia dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan produk jeruk mangga sambil berinteraksi dengan seekor kambing bernama Tasya.

“Tasya pun jujur dengan papa korang, dia suka jeruk mangga papa,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapat gelagat mereka menarik perhatian netizen yang tidak kering gusi melihat haiwan ternakan pun ditugaskan untuk membuat ‘review’.

“Siapa duduk rumah papa tak akan terlepas untuk menjual, jangan lepas ini ikan besar papa dalam kolam pun kena berniaga,” kata @Momandkiddes.

“Dah semua ahli keluarga kena ‘promote’, kali ini Tasya tak selamat dah,” kata @Tengkumusliha berseloroh.

“Aku tunggu Tasya pakai ‘handbag’ pulak,” kata @Farah_zakirah yang turut terhibur dengan gelagat Aliff.

Tidak dapat dinafikan, usahawan ini memang tidak pernah kering idea dalam memastikan produknya terus jadi sebutan. Lepas ini apa pula agaknya – KOSMO! ONLINE

@papalarisofficialTasya pun jujur dengan papa korang, di sukai jeruk mangga papa, stock limited nak beli tekan bag kuning

♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI