fbpx

Tun Abdullah meninggal akibat masalah pernafasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri) pada sidang di Institut Jantung Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 86, mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.10 malam tadi.

Dr. Azmee Ghazali yang bertanggungjawab merawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, Tun Abdullah dimasukkan ke wad pada pukul 1 pagi akibat masalah pernafasan.

“Arwah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah sesak nafas pada pukul 1 pagi sehingga 7.10 malam tadi.

“Masalah utama adalah disebabkan masalah sesak nafas. Kami sudah buat segalanya dan memberikan bantuan pernafasan. Bagaimanapun, dengan bantuan yang kami buat Tun tidak dapat diselamatkan.

“Selain itu, salah satu faktor pemergian arwah adalah usia. Faktor usia memainkan peranan yang besar dalam hal ini,” katanya pada sidang akhbar di IJN malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI