fbpx

Teroka sumber baharu, kurangkan kebergantungan minyak, gas – Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.-Foto oleh PUQTRA HAIRRY/KOSMO!

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan negeri agar meneroka sumber baharu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap minyak dan gas yang semakn terhad.

Baginda bertitah, minyak dan gas telah menyumbang sebahagian besar pendapatan Terengganu dan
kebergantungan berterusan terhadap sumber itu boleh memberi risiko terhadap kestabilan ekonomi negeri.

“Wajar bagi kerajaan negeri untuk meneroka dan membangunkan sumber-sumber baharu yang lestari.

“Selaras dengan perubahan global yang beralih kepada tenaga lebih bersih dan mampan,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 di sini hari ini.

Sultan Mizan bertitah, kerajaan negeri Terengganu telah merangka Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Terengganu (NIT) sebagai perancangan jangka panjang menjana pendapatan baharu negeri ini.

Baginda bertitah, antara sektor yang diberi tumpuan adalah pelancongan serta sumber galian lain seperti silika, unsur nadir bumi bukan radioaktif (NREE) dan bausit.

Sultan Mizan juga menitahkan kerajaan negeri Terengganu agar mengeratkan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Baginda bertitah, ia bagi memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan yang berkesan seterusnya menjamin kesejahteraan masyaraka dan memacu pertumbuhan ekonomi Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI