fbpx

Suami buat ‘stunt’, lompat atas bonet kereta pujuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taewin melompat ke atas bonet kereta dipandu Nae. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki melompat ke atas bonet kereta dipandu isterinya ketika cuba menahan wanita tersebut daripada meninggalkan rumah, lapor laman berita Thaiger.

Kejadian berlaku di Bangkok pada 9 April lalu.

Dalam sebuah video tular yang dikongsikan di laman Facebook, lelaki tersebut dilihat melompat lalu duduk di atas bonet sebuah kereta berwarna kelabu yang dipandu agak laju.

Menurut wanita dikenali sebagai Nae, pergaduhan dengan suaminya, Taewin berpunca daripada sikap lelaki itu yang seolah-olah tidak menyayangi anaknya yang berusia sembilan tahun.

Nae berkata, dia mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu dan seorang lagi anak bersama Taewin.

Namun, pada malam kejadian, Taewin dikatakan tidak membenarkan anak sulungnya tidur bersama Nae, menyebabkan mereka bergaduh.

Kata Nae, suaminya itu kemudian menghalau mereka keluar rumah sebelum dia membawa kedua-dua anaknya menaiki kereta.

Tambahnya lagi, Taewin melompat ke atas bonet kereta ketika cuba menghalangnya seperti yang dilihat dalam video.

Nae berkata, dia memandu ke balai polis dan pasangan tersebut diberi amaran agar tidak mengulangi perbuatan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI