fbpx

PRK Ayer Kuning: SPR keluarkan 116 kertas undi pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAPAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 116 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos dilakukan oleh Petugas Pilihan Raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon yang bertanding.

“Kertas undi pos yang telah dikeluarkan adalah terdiri daripada 113 undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya dan anggota polis) dan tiga undi pos bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang menetap di luar negara),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2).

Katanya, ia adalah sebelum membuat penandaan pada kertas undi serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 26 April 2025
(Sabtu).

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI