fbpx

Pengantin lelaki menangis teresak-esak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki menangis teresak-esak selepas selesai ijab kabul. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Balikpapan, wilayah Kalimantan Timur menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menangis teresak-esak selepas selesai acara ijab kabul, lapor laman berita Wolipop.

Berdasarkan sebuah video tular, pengantin tersebut dilihat menangis di hadapan wali, saksi dan penghulu.

Dia menangis teresak-esak sebelum ditenangkan oleh beberapa ahli keluarganya.

Menurut pengantin perempuan,  Putry Syahra Zabilla, majlis tersebut berlangsung pada 18 Oktober 2024 dan video mengenainya baru sahaja menjadi tular.

“Dia menangis kerana terharu dan sukar mempercayai bahawa kami akhirnya berkahwin selepas pelbagai dugaan berat berlaku.

“Ditambah lagi bahawa dia ialah anak sulung dan bapanya sudah meninggal dunia sejak dia di bangku sekolah rendah. Kami juga sudah enam tahun bercinta,” kata Putry Syahra.

Dia bagaimanapun enggan berkongsikan dugaan menjelang hari perkahwinan tersebut, namun mengakui suaminya berasa terharu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI