fbpx

Pemergian Khurshid Ahmad kehilangan besar buat dunia Islam – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Prof. Khurshid Ahmad

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian tokoh ekonomi, pemikir ulung dan aktivis, Prof. Khurshid Ahmad.

Menurut Anwar, Allahyarham bukan sekadar ilmuwan, tetapi arkitek kepada pemikiran ekonomi Islam moden dan pengasas bersama ‘The Islamic Foundation’ di United Kingdom (UK)

“Semoga Allah S.W.T menerima segala amal soleh beliau, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin.

“Kehilangan beliau adalah kehilangan besar buat dunia Islam seluruhnya serta legasi ilmunya akan terus menyinari generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media luar negara hari ini melaporkan, Khurshid Ahmad yang merupakan bekas Timbalan Ketua Jamaat-e-Islami dan ahli ekonomi Islam terkenal, meninggal dunia di Leicester pada usia 93 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI