fbpx

Pelan Transformasi Mara dilaksanakan secara telus – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Pelan Transformasi Majlis Amanah Rakyat (Mara) merangkumi aspek pengurusan, tadbir urus kewangan, pembangunan keusahawanan dan pendidikan akan dilaksanakan secara telus.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, Mara akan membuat penglaporan awam secara berkala hasil perlaksanaan pelan transformasi itu bagi dinilai dan ditambah baik oleh semua dari semasa ke semasa.

“Mara adalah amanah orang Melayu-Bumiputera. Justeru Pelan ini mestilah dilaporkan dan didedahkan kepada khalayak agar institusi bangsa ini sentiasa disemak imbangkan dan dipertanggungjawabkan atas apa jua pencapaian yang diperolehi.

“Maklum balas dan pandangan dialu-alukan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi memaklumkan, dua pasukan khas (Task Force) telah dibentuk untuk menggerakkan dan melaksanakan Pelan Transformasi Mara.

Menurut beliau, pertama adalah Task Force diketuai Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim yang juga Ahli Majlis Mara.

Ujar beliau, Task Force pertama akan memperhalusi semua cadangan penambahbaikan dan pemerkasaan serta melaksanakan transformasi dari aspek tadbir urus kewangan, disiplin kewangan, pelaburan dan pengurusan organisasi.

Kata beliau, Task Force kedua diketuai oleh tokoh ekonomi dan pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Noor Azlan Ghazali yang merupakan bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

“Task Force kedua akan memfokuskan aspek pemerkasaan agenda pembangunan usahawan dan pendidikan bumiputera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI