fbpx

Nyaris dihempap dahan pokok durian dalam ribut di Jerantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINI Zainal Abidin melihat dahan besar pokok durian yang menghempap dapur kediamannya akibat ribut di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut.

JERANTUT – Seorang penduduk dan anaknya nyaris dihempap dahan besar pokok durian tua di belakang rumah dalam kejadian ribut di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini semalam.

Dalam kejadian selama 20 minit bermula pukul 5.45 petang semalam itu sebanyak 30 rumah mengalami kerosakan teruk akibat dibadai ribut termasuk beberapa buah kenderaan yang rosak dihempap pokok.

Seorang penduduk, Zaini Zainal Abidin, 47, berkata, ketika kejadian pada pukul 5.45 petang semalam, dia bersama seorang anaknya sedang makan di ruang dapur.

“Pada mulanya saya tidak menyangka bencana akan berlaku memandangkan kebiasaannya cuma angin kencang sahaja dan hujan lebat, tetapi tidak melibatkan banyak pokok tumbang di belakang rumah termasuk pokok durian tua setinggi 20 meter.

“Lama-kelamaan, keadaan mula berubah dan bertukar menjadi ribut sehingga kedengaran banyak dahan pokok yang jatuh serentak dengan itu suara jiran menjerit minta menyelamatkan diri,”katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini hari ini.

Cerita Zaini lagi, dia terus membuka pintu dapur untuk melihat keadaan di luar dan tidak semena-mena nampak dahan besar pokok durian tua berdekatan dapur mula menghempap ke arahnya.

“Saya segera menutup pintu dapur dan menarik anak masuk ke dalam rumah, tetapi belum sempat kerana dahan pokok durian telah menghempap bumbung dapur. Saya bersama anak cuma dapat berselindung di sebalik dinding konkrit,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI