fbpx

Negara kehilangan negarawan unggul – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Tun Abdullah di Institut Jantung Negara, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Mohamad berkata, negara kehilangan seorang tokoh negarawan yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan tanah air sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Saya secara peribadi amat berdukacita dengan pemergian Tun Abdullah. Malaysia kehilangan seorang anak watan berjiwa besar yang semangatnya sangat dirasai semasa beliau menerajui kepimpinan negara.

“Walaupun di saat-saat akhir kesihatannya tidak begitu baik, pemergian beliau dirasai seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, jasa dan khidmat bakti Allahyarham kepada negara tidak akan dilupakan dan beliau mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Terima kasih Tun atas segala sumbangan dan jasa kepada negara. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Tun Abdullah dilaporkan mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.10 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI