fbpx

MPPD ‘perangi’ penjaja mangga di lampu isyarat Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPPD kini memperhebatkan lagi penguatkuasaan ke atas aktiviti penjaja jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat di daerah ini bagi memastikan imej daerah berkenaan sebagai pusat pelancongan terjaga. -Foto MPPD

PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memperhebatkan lagi penguatkuasaan terhadap penjaja jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat di daerah ini.

Yang Dipertuanya, Hasnor Abd Hamid berkata, sebagai pencegahan awal, tindakan penguatkuasa telah dilaksanakan kelmarin dan semalam di persimpangan lampu isyarat di Sua Betong.

Katanya, MPPD mahu menghentikan terus aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat yang memberi kesan ke atas imej Port Dickson sebagai bandar pelancongan.

“Kita ada undang-undang yang perlu dipatuhi, sebarang perniagaan perlu dapatkan lesen, perlu mempunyai premis yang tetap.

“Sabtu dan Ahad lalu, kita telah turun kawasan persimpangan lampu isyarat Sua Betong iaitu membabitkan Lebuh Raya Seremban Port Dickson serta menyita 14 jualan mereka sebagai langkah pencegahan,” katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Nipah, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI