fbpx

Liga Super: Penyudah tumpul punca NSFC gagal ‘mengaum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain NSFC, Takumi Sasaki cuba melakukan rembatan ke kubu KDN FC pada aksi Liga Super semalam. - Foto ihsan NSFC

KETUMPULAN jentera penyudah menjadi punca Negeri Sembilan FC gagal membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) sekali gus menyaksikan pasukan itu hanya menang tipis 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Pengendalinya, K. Nanthakumar berkata, Negeri Sembilan FC berpotensi meraih kemenangan besar pasukan peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan baik sehingga terpaksa menunggu jaringan di masa kecederaan untuk membawa pulang tiga mata.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan pemain pasukan itu mengambil mudah perlawanan tersebut selepas KDN FC turun tanpa barisan import.

“Sikap ambil mudah mungkin bertambah ketika kita mendahului 1-0 dan selepas KDN FC menyamakan kedudukan, kita terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan gol kemenangan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Nanthakumar bertekad untuk menurunkan kesebelasan terbaik Negeri Sembilan apabila berdepan Kuching City FC pada aksi terakhir Liga Super di laman sendiri.

“Kita tahu Kuching City merupakan sebuah pasukan yang bagus dan mereka pasti memburu kemenangan.

“Kita tidak boleh ambil mudah perlawanan itu dan saya akan menurunkan kesebelasan terbaik Negeri Sembilan FC pada 20 April nanti,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI