fbpx

Lebih 100 terbunuh serangan 2 hari RSF di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 1 September 2023 menunjukkan kemusnahan di kawasan pasar ternakan di El-Fasher. - AFP

KHARTOUM –  Lebih 100 orang terbunuh dalam serangan selama dua hari oleh militia Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di wilayah Darfur, barat Sudan, lapor agensi berita United Press International semalam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, RSF dan militia sekutunya menyerang kem pelarian di Abu Shorouk dan Zamzam serta ibu negeri wilayah Darfur Utara, El-Fasher.

“Ini mewakili satu lagi peningkatan yang tidak boleh diterima dalam siri serangan kejam terhadap penduduk awam serta pekerja bantuan sejak perang saudara tercetus di Sudan hampir dua tahun lalu,” kata Penyelaras Residen dan Kemanusiaan PBB, Clementine Nkweta-Salami.

Militia dan sekutu RSF menyerang pada Jumaat lalu dan meneruskan serangan keesokan harinya.

Nkewta-Salami berkata,  sembilan pekerja bantuan terbunuh dalam serangan RSF di kawasan tersebut.

Tentera Sudan mengawal El-Fasher dan  terlibat dalam perang saudara dengan bekas sekutunya, RSF,  menyebabkan lebih 24,000 orang terbunuh.

Kem pelarian Zamzam dan Abu Shouk menempatkan lebih 700,000 pelarian yang terpaksa meninggalkan rumah mereka di wilayah Darfur akibat perang saudara, demikian menurut PBB.

“RSF menyerang orang awam yang tinggal di kem pelarian Abu Shouk  dan berhampiran El-Fasher sejak Mei 2024, manakala pada Februari lalu, mereka menyerang kem Zamzam,” kata Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk rantau Tanduk Afrika, Laetitia Bader.

Tambahnya, kem Zamzam menempatkan lebih 500,000 pelarian yang diancam kebuluran akibat perang saudara itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI