fbpx

Kertas siasatan kes buli pelajar MRSM diserah ke TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kertas siasatan kes buli di MRSM Nibong Tebal sudah diserahkan kepada TPR Khamis lalu.

SEBERANG PERAI – Kertas siasatan berhubung kes buli membabitkan sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Nibong Tebal di sini, sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut Khamis lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan merekod keterangan pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan, termasuk mangsa.

“Saya tak boleh nak ‘detail’ dengan lebih terperinci sebab ia berkaitan dengan siasatan, tetapi siasatan kita sudah sampai tahap siap dan lengkap.

“Kita sudah majukan kertas siasatan dan laporan perubatan (mangsa) kepada TPR untuk arahan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes terbabit selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Pulau Pinang di Kepala Batas, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, insiden terbabit yang dilaporkan berlaku pertengahan tahun lalu itu didapati berlaku sekali sahaja.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI