fbpx

Jenazah Pak Lah dikebumikan di Makam Pahlawan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah ketika dibawa keluar dari Institut Jantung Negara, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibawa ke kediamannya di Tasik Perdana, di sini sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan esok.

Perkara itu dimaklumkan menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

“Esok pagi jenazah akan dibawa ke Masjid Negara. Kemudian pada pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari jenazah akan diletakkan di Dewan Solat Utama Masjid Negara untuk penghormatan terakhir.

“Sesiapa yang ingin memberi penghormatan akhir boleh hadir dan untuk mereka yang bukan muslim, kita minta untuk mereka datang dengan pakaian yang sesuai,” katanya.

Allahyarham Tun Abdullah dilaporkan mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia di IJN pada pukul 7.10 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI