fbpx

Harap dapat berteduh, rupanya ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rumah dan kenderaan milik penduduk yang musnah terbakar dalam insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini.

SUBANG JAYA – “Rumah musnah, wang hilang.” itu nasib malang yang menimpa Muhammad Faizul Anizam, 44, mangsa letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights di sini pada 1 April lalu.

Bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, lelaki itu juga menjadi mangsa penipuan ketika mahu menyewa rumah melalui platform dalam talian.

Menurut Faizul, pada awalnya dia menyangka dapat berlindung di inap desa setelah kediamannya rosak akibat bumbung berlubang dan banjir baru-baru ini, namun ditipu selepas membuat bayaran sewa sebanyak RM500.

Katanya, kediaman tersebut juga sebenarnya tidak wujud dan hanya helah pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah tiada tempat nak tuju. Terpaksa menumpang rumah kakak sebab rumah sendiri sudah rosak teruk. Selepas ditipu rasa macam tiada lagi tempat untuk berpaut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kejadian pada 1 April lalu itu terus menghantui mangsa apabila kehilangan harta benda, masalah penempatan dan ketidaktentuan hidup.

Sementara itu Mohammad Amri, 54, pula hanya mengetahui rumah sewanya musnah menerusi kiriman WhatsApp daripada jirannya.

Katanya, dia kini menetap di rumah sewa baharu di USJ di sini kerana tidak dapat berpindah ke penempatan sementara yang disediakan di Sepang kerana lokasinya terletak jauh dari tempat kerja.

“Saya bekerja di Tanjung Malim. Kalau tinggal di Sepang, memang susah nak ulang-alik. Dah lah cuti kerja banyak kena potong, urusan sekolah anak pun belum selesai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI