fbpx

EPL: Arsenal sudah tak minat EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARTEY meledak gol pembukaan, namun Arsenal gagal mengekalkan kelebihan apabila diikat Brentford pada aksi di Emirates awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui atmosfera di Emirates cukup berbeza ketika skuad kendaliannya sekadar terikat 1-1 menentang Brentford pada aksi awal pagi semalam.

Selepas kejayaan membenam cabaran Real Madrid 3-0 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara minggu lalu, Arsenal dilihat berdepan kesukaran untuk menyamai intensiti aksi berkenaan pada perlawanan kali ini.

“Atmosefera kali ini sangat berbeza, itu sudah pasti. Saya tidak pasti adakah penyokong kami hilang keseronokan selepas kejayaan ke atas Real sebelum ini. Namun, kami tidak akan menyalahkan para peminat.

“Hari ini kami turun dengan misi untuk mencabar apa yang masih boleh dicapai pada saingan Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun, melihat kepada keputusan, sudah pasti ia bukan apa yang kami inginkan,” katanya.

Namun, Arteta masih melihat perkara positif hasil perlawanan tersebut apabila mengakui pemain tengah bertahannya, Declan Rice semakin selesa membantu jentera serangan The Gunners.

Selepas meledak dua gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Real, pemain antarabangsa England itu berjaya melakukan umpanan gol buat Thomas Partey yang meledak gol pembukaan, sebelum Brentford menyamakan kedudukan menerusi Yoanne Wissa.

“Setiap kali anda berjaya menjaringkan gol, ia memberikan lonjakan keyakinan untuk cuba melakukannya sekali lagi. Saya fikir Declan sangat luar biasa termasuk umpanan jaringan yang dilakukan.

“Dia berjaya melarikan bola untuk memberikan ruang Thomas bergerak sebelum melakukan umpanan yang cukup baik. Declan telah memberikan aksi terbaik berdasarkan kemampuan yang dimiliki sejak beberapa perlawanan terakhir,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI