fbpx

Enam suspek kes culik minta tebusan RM2 juta direman 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam individu termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun direman 14 hari di Mahkamah Majistret Seremban bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta, 10 April lalu. FOTO MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Seramai enam individu termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta, di sini pada 10 April lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret, Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi.

“Reman membabitkan kesemua suspek itu adalah selama 14 hari iaitu mulai hari ini sehingga 27 April ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan di Seremban, di sini pada 10 April lalu ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia 21 tahun itu cuba meloloskan diri ketika ditahan dan memandu secara melawan arus serta melanggar kenderaan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI