fbpx

Cubaan seludup ganja RM20.57 juta dalam makanan haiwan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

SEPANG- Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki ganja yang disembuyikan di dalam bungkusan makanan haiwan peliharaan dianggarkan bernilai RM20.57 juta.

Kejayaan itu dibuat di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu berdasarkan maklumat risikab yang diterima.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas satu dagangan mendapati ia mengandungi bahan yang disyaki dadah jenis ganja.

“Pada 15 Mac lalu, kastam berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis ganja seberat 210 kilogram dengan anggaran nilai RM20.57 juta.

“Kita percaya dadah itu cuba diseludup dari salah sebuah negara Asia Tenggara dan transit di Malaysia, sebelum ia dihantar ke destinasi terakhir iaitu Eropah,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan mendapati dadah berkenaan disembunyikan di dalam bungkusan produk makanan ringan serta makanan haiwan peliharaan untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Ahmad Taufik berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta hukuman sebat tidak kurang 12 kali, jika disabitkan kesalahan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI