fbpx

Anwar arah isu tanah runtuh, jalan rosak Kampung Tiram ditangani segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan ketika melawat lokasi tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan jalan serius di Kampung Tiram, Indera Mahkota di Kuantan, Pahang.

PETALING JAYA – Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan, agensi persekutuan dan negeri digesa mengambil tindakan segera bagi menangani isu tanah runtuh dan kerosakan jalan yang serius di Kampung Tiram, Indera Mahkota di Kuantan, Pahang.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah berbangkit supaya ia tidak berulang.

“Isu ini bukan sahaja menjejaskan kelancaran trafik, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Saya berharap agar tindakan proaktif dan berkesan dapat diambil dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Anwar turut berkongsi hantaran oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkenaan insiden tersebut.

Menurut Ahmad Farhan, lokasi kejadian merupakan laluan utama digunakan penduduk setiap hari dan kerosakan jalan yang teruk telah menyebabkan beberapa kemalangan.

Menurut beliau, Unit Perlaksanaan Projek Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (UPPP JPS) telah mengambil maklum dan memberi komitmen pembinaan jalan sementara akan dilaksanakan segera.

“Ia dijangka siap dalam tempoh dua minggu. Ini bagi memastikan laluan dapat digunakan dengan lebih selamat dalam masa terdekat.

“Kerja-kerja pembaikan penuh pula akan dimulakan selepas itu dan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Saya akan terus pantau perkembangan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI