fbpx

6 maut, pesawat terhempas di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan kecemasan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di bandar Copake. - The Sun UK

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan lapang di utara New York dalam nahas yang mengorbankan enam orang, lapor saluran berita ABC News semalam. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan) dekat bandar Copake. 

Semasa nahas berlaku, pesawat persendirian jenis Mitsubishi MU-2B itu dalam perjalanan menuju Lapangan Terbang Columbia County di bandar Hudson, demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). 

Akhbar The New York Times melaporkan, pesawat itu membawa enam orang dan kesemua mangsa disahkan terkorban.  

“Keadaan berlumpur dan salji menyukarkan akses ke lokasi kejadian dan operasi mencari dan menyelamat,” kata jurucakap Pejabat Syerif Columbia County, Jacqueline Salvatore.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mengesahkan bahawa siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI