fbpx

6 individu diburu kes tetak warga Myanmar hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Polis giat mengesan saki baki individu yang terbabit dalam insiden tetak seorang lelaki warga Myanmar sehingga maut dalam kejadian di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor, 7 Mac lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya dapat mengenal pasti enam individu yang terdiri daripada dua warga Myanmar dan empat warga tempatan yang boleh dikaitkan dengan siasatan terbabit.

Katanya, siasatan berhubung kes berkenaan mengambil masa agak lama memandangkan ia turut menarik perhatian umum selain keterangan-keterangan yang telah direkodkan perlu dilengkapkan sebaik mungkin.

“Tiada tangkapan baru dibuat setakat ini dan kita masih mengesan beberapa lagi warga asing dan tempatan yang terlibat.

“Kesemua suspek berada di luar Pulau Pinang, namun masih berada dalam negara dan kita minta bantuan Bukit Aman untuk mengesan mereka,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kes bunuh pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar berkenaan dipercayai bermotifkan dendam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI