fbpx

22 laporan polis diterima isu kebun durian musang king haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shahril

RAUB – Polis menerima 22 laporan polis terhadap operasi penguatkuasaan kebun durian haram jenis musang king di Sungai Ruan di sini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, laporan-laporan berkenaan diterima daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan.

“Setakat ini, kita telah menerima 22 laporan polis dan semua laporan ini merupakan tanda sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam mengekang aktiviti kebun durian haram di kawasan terbabit,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak bertindak melulu dan sentiasa menghormati undang-undang negara.

Beliau turut memberi peringatan agar isu ini tidak diputarbelitkan menjadi isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Kita menyeru agar semua pihak bertindak mengikut lunas undang-undang. Jangan sesekali mengambil tindakan sendiri yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

“Perhimpunan yang berlangsung setakat ini berjalan dengan aman dan mencerminkan sikap masyarakat yang peka serta patuh kepada undang-undang. Ia juga banyak membantu memudahkan tugas pihak berkuasa di lapangan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI