fbpx

Ya, saya ‘ditahan’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu – Ahmad Samsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Ahmad Samsuri yang didakwa ‘ditahan’ di LTAKK yang tular di media sosial semalam.

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan beliau telah ‘ditahan’ pihak berkuasa sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), Sabah pada Ahad dan Isnin lalu.

Naib Presiden Pas terbabit berkata, ‘penahanan’ tersebut berlalu sewaktu beliau tiba dan mahu berlepas pulang dari negeri Negeri Di Bawah Bayu tersebut.

“Terjadi kes ‘pull aside on hold ‘ (untuk mendapat pelepasan daripada Cawangan Khas) ketika saya ke Sabah pada Ahad iaitu 6 April dan pulang pada Isnin (7 April) lalu.

“(‘Penahanan’ berlaku) Pergi dan balik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri mengesahkan beliau merupakan individu yang dirakam ‘ditahan’ di LTAKK dalam gambar tular di media sosial sejak kelmarin.

Terdahulu tular gambar di media sosial sejak kelmarin yang mendakwa Ahmad Samsuri telah ‘ditahan’ di sebuah lapangan terbang tempatan.

Sebelum ini, Ahmad Samsuri pada Khamis mendakwa beliau telah dilabel sebagai individu di bawah pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) sejak setahun lalu sehingga menyebabkan pergerakannya dipantau secara ketat oleh pihak berkuasa.

Kosmo! semalam melaporkan Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, semua orang kenamaan (VIP) termasuk beliau sendiri juga berada di bawah kawalan dan pemantauan TCO oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, kawalan itu bukan hanya terhad kepada pihak pembangkang atau individu tertentu, sebaliknya turut melibatkan semua kenamaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI