JAKARTA – Seorang warga asing mengundang kecaman ramai selepas mengamuk dan merosakkan harta benda ketika menerima rawatan di sebuah klinik di Pulau Bali, lapor portal berita Abatanews.
Kejadian berlaku di Nusa Medica Klinik I Pecatu semalam.
Rakaman insiden dimuat naik di laman X oleh akaun @neVerAl0nely memaparkan lelaki itu mengamuk sambil menghempaskan peralatan perubatan ke lantai.
Dia turut merosakkan sejumlah barang termasuk almari dan tirai yang memisahkan kawasan pesakit.
Orang ramai mula melarikan diri dalam keadaan panik. Ada antara mereka menangis ketakutan.
Masih belum jelas punca kejadian. Pelaku akhirnya ditahan polis.
Rakaman kejadian itu mencatatkan lebih 258,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Semakin dipuji, semakin ‘naik lemak’ warga asing ini,” kata seorang netizen. – AGENSI