fbpx

[VIDEO] Sungai Linggi berbau diesel, bekalan air terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan insiden air Sungai Linggi berbau diesel malam semalam.

SEREMBAN – Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di sini, terpaksa dihentikan buat sementara waktu selepas air Sungai Linggi dicemari diesel malam semalam sehingga sebahagian kawasan di Port Dickson dan Seremban terputus bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, Pasukan Penguatkuasaan Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Sembilan telah menerima aduan mengenai tumpahan minyak di LRA linggi sekitar pukul 10.50 malam.

Menurutnya, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kemudian mengesan cecair seakan minyak berwarna kehitaman di permukaan air Sungai Linggi di sekitar kawasan muka sauk LRA.

“Kira-kira pukul 2.30 pagi, pihak Sains memaklumkan bacaan bau adalah 8 ton dan tiada lagi kesan minyak di permukaan air Sungai Linggi,” katanya.

Menurutnya, pihak Sains telah memaklumkan bacaan ton LRA Sungai Linggi pada pukul 4 pagi adalah lima ton dan pada pukul 7 pagi 0 ton serta pam air untuk flushing sedang dijalankan.

Sains dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan di Port Dickson yang terjejas iaitu dari sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning dan Tampin Linggi hingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson.

Selain itu, dari Pekan Port Dickson sehingga sekitar kawasan Lukut, dari simpang Bukit Palong, Chuah dan Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A.

“Bagi kawasan Seremban pula ialah dari Pekan Rantau sehingga sebahagian kawasan Sungai Gadut. Loji akan beroperasi semula secara berperingkat setelah punca air mentah tidak lagi berbau (0 ton),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI