fbpx

[VIDEO] Lori rempuh 20 kereta balik dari rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman dashcam menunjukkan detik cemas insiden lori merempuh kenderaan di Bandar Serenia, Dengkil petang semalam.

PETALING JAYA – Sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan merempuh kira-kira 20 buah kenderaan dalam kejadian di Bandar Serenia, Dengkil petang semalam.

Insiden itu dirakam kamera papan pemuka (dashcam) milik pengguna jalan raya yang kebetulan berada di lokasi berkenaan.

Rakaman berdurasi hampir seminit itu memaparkan lori terbabit meluncur laju dari belakang sebelum menghentam deretan kenderaan yang berhenti disebabkan kesesakan trafik.

Difahamkan, kesesakan berlaku berikutan ramai pengguna jalan raya dalam perjalanan pulang dari majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri.

Rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu lori dan menuntut siasatan serta tindakan tegas dikenakan.

Beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing di laluan tersebut yang sering menjadi tumpuan lori berat.

“Minta pihak PDRM dan JPJ untuk kerapkan pemantauan sepanjang LDP ke Kota warisan. Lori bawa laju mcm nak masuk race (perlumbaan) kat litar F1. Kadang tu ikut rapat,” komen @w4nn4_69.

“Sini selalu ada kes lori laju tiba-tiba alasan brek tak makan. Dah tahu tu kawasan berbukit dan jejambat, janganlah bawa laju,” ujar @arcadezwadex.

“Patutlah sampai 20 biji kereta rosak. Apa alasan driver lori tu? syarikat lori ni patut didenda 1/2 juta. Trauma pemandu-pemandu lain,” kata @birucode98. -KOSMO! ONLINE

@nd_cskLorry lose control at Bandar Serenia, Dengkil/Sepang. 12-April-2025♬ suono originale – MusicSuperStore ✅

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI