PETALING JAYA – Sambutan rumah terbuka Aidilfitri anjuran penerbit filem terkenal Babah, Nadia Mohd. Nadzri meraih perhatian ramai selepas menampilkan beberapa penyanyi yang membuat persembahan di atas bumbung kediamannya.
Antara selebriti popular itu ialah Mimifly dan Hael Husaini yang tampil melakukan persembahan secara langsung.
Lebih menarik, persembahan turut diserikan dengan kehadiran The Angguns iaitu anak saudara pelakon Anzalna Nasir yang turut menyanyi dan menari di ‘pentas’ sama.
Pemilik akaun TikTok @ameer_laa yang memuat naik rakaman itu memaklumkan, jiran-jiran turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut.
“Jiran semua okay, siap ‘join’ (sertai) sekali. Dah janji dengan pengurusan sekali,” katanya.
Namun, segelintir netizen meluahkan rasa bimbang akan keselamatan kanak-kanak yang berada di kawasan tinggi.
Tinjauan di ruangan komen, ramai pengguna media sosial meninggalkan komen positif dan menganggap ia satu kelainan menarik bagi meraikan Syawal.
“Open house (rumah terbuka) siapa ni ya? Jiran-jiran semua mesti tak kisah pun. Ya lah, nak buat jamuan raya setahun sekali je,” kata @Anastasia_32.
“Padu! Terus atas bumbung buat persembahan, siap ada sistem bunyi,” tulis @nisa_rinaa. – KOSMO! ONLINE
Watch on TikTok