fbpx

[VIDEO] ‘Ya Allah ampunkan dosa anak ku seperti air mengalir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan proses pemandian jenazah Allahyarham Alif Najman yang diuruskan oleh ahli keluarganya.

PETALING JAYA – “Ya Allah ampunkanlah segala dosa anakku.”

Itu doa bapa Allahyarham Alif Najman ketika menguruskan jenazah anaknya semalam yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian banjir di Kampung Padang Jawa, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Kata-kata bapanya itu sungguh menyayat hati orang ramai apabila video yang memaparkan dia bersama ahli keluarga lain memandikan jenazah tular di media sosial.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @mrwancaiofficial77, suasana hiba ketika jenazah Allahyarham Alif Najman diuruskan oleh ibu bapa serta adik-beradiknya bertukar menjadi sayu dengan setiap doa yang dipanjatkan kepada arwah.

“Ya Allah ampunkanlah dosa adikku seperti air yang mengalir,” ujar abang arwah ketika jenazah dimandikan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap pemergian Alif Najman dan mereka mendoakan agar urusan jenazah dipermudahkan.

“Untung awak adik, saya tak kenal awak, tapi semalam kita harungi banjir sama-sama, saya duduk dekat lorong depan awak tu, awak duduk kat lorong belakang..al-fatihah buat kamu.

“Sebak dengar doa ayah arwah..Apa juga dosa anak aku buat, ampunkan Ya Allah,” komen @w4ni.

“Baru sahaja baca berita kes meninggal sebab terkena renjatan elektrik, skrol bawah lalu video ini, semoga keluarga allahyarham kuat dan sabar dalam hadapi dugaan ini,” balas @nisa_azahari. – KOSMO! ONLINE

@mrwancaiofficial77 Betapa Beruntungnya Arwah Apabila Doa Dari Ayah,Abang Dan Kakak² Mengiringi Di Hari Pemergiannya! #AlmarhumMohammadAlifNajman23Tahun #KematianAsbabRenjatanElektrik #TerkenaRenjatanElektrikSewaktuMainHf #BanjirPadangJawaShahAlam #KehilanganAdikBongsuDari10Beradik ♬ original sound – mrwancaiofficial77

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI