fbpx

UTM rekod 100 peratus tahap kebolehpasaran, graduan bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UTM merekodkan tahap 100 peratus bagi kadar kebolehpasaran graduan serta kadar bekerja graduan bagi tahun 2024.

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merekodkan 100 peratus bagi kadar kebolehpasaran graduan (GM) serta 100 peratus bagi kadar bekerja graduan (GE) bagi tahun 2024.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim berkata, pencapaian tersebut mengatasi kadar purata kebangsaan dilaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu 92.5 peratus untuk GE.

Menurutnya, ini sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan UTM dalam melahirkan graduan berkualiti dan bersedia menghadapi pasaran kerja.

“Mulai 2024, KPT telah memperkenalkan dua indikator iaitu GE bagi graduan bekerja dan GM bagi tahap kebolehpasaran graduan. Pendekatan ini menekankan data sebenar tentang keberadaan graduan dalam pasaran kerja.

“Kejayaan UTM mencerminkan usaha berterusan dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi serta memperkukuh jalinan dengan industri. Graduan kami bukan sahaja mendapat kerja, malah ramai antara mereka menjadi peneraju dalam bidang masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shafry, UTM komited menyediakan peluang pembelajaran berimpak tinggi terhadap semua graduan dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti diperlukan negara pada masa depan.

“Ini termasuklah latihan industri di syarikat serta institusi dalam dan luar negara, pembangunan kemahiran insaniah serta program keusahawanan yang menyeluruh bagi memperkasa kebolehpasaran graduan.

“UTM komited untuk menjadi peneraju dalam menginsankan sains, teknologi dan kejuruteraan demi masa depan yang mampan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI