fbpx

Tun M hadir buka kapsul masa dengan tangan berbalut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir pada sidang akhbar Majlis Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 di Menara Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke Menara Kuala Lumpur untuk membuka kapsul masa yang ditanam hampir tiga dekad lalu dengan tangan kanannya berbalut.

Orang ramai tertanya-tanya apakah yang menyebabkan tangan kanan negarawan itu tercedera.

Bagaimanapun, Tun M seakan tidak menghiraukan keadaan tangannya itu dengan menjawab dengan jelas dan spontan setiap soalan yang ditanya para wartawan.

“Saya bukan orang yang layak untuk melakukan apa yang dibuat pada pagi ini,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Tun M meluahkan rasa sebak ketika mengeluarkan kandungan yang berada di dalam kapsul masa yang ditanam 28 tahun lalu.

Katanya, beliau tidak menyangka berpeluang membuka semula kapsul masa yang ditanam pada usia 100 tahun.

“Tak sangka dapat lihat, saya fikir saya sudah tiada.

“Ketika itu (tanam kapsul) saya sudah berumur lebih 70 tahun, mana nak tahu saya masih ada di waktu ini (hari ini), sebab itu saya rasa sedih dan sebak melihat tulisan saya pesanan saya, dan membacanya,” katanya pada sidang akhbar selepas membuka Kapsul Masa Wawasan 2020 di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI