fbpx

Tarif Trump: ‘Jual produk Malaysia kepada negara-negara lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir (tengah) melihat kapsul masa selepas hampir tiga dekad tersimpan di Menara Kuala Lumpur pada Majlis Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 di ibu negara hari ini. -Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran memperluaskan jualan produk tempatan ke negara-negara lain susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif import tinggi ke atas barangan dari Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tarif baharu yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump itu akan menyebabkan produk Malaysia dijual pada harga lebih tinggi di negara tersebut, sekali gus memberi kesan kepada syarikat pengeluar tempatan.

“Kalau mereka tak beli barangan kita, jualan kita menurun, ini akan memberi kesan kepada syarikat dan saham syarikat akan jatuh.

“Kalau saham syarikat kita jatuh kerana pasaran kurang, kita harus berusaha menjual barangan kepada negara-negara lain selain Amerika Syarikat,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 di Menara Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, dagangan Malaysia perlu ditingkatkan dengan negara-negara yang tidak mengenakan tarif tinggi agar ekonomi negara dapat berada pada tahap stabil dan berkembang.

“Mereka tak kenakan tarif yang tinggi, jadi dagangan kita dengan negara-negara lain patut (lebih) berkembang,” jelasnya.

Terdahulu, Trump mengumumkan pelaksanaan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua negara manakala duti import lebih tinggi dikenakan terhadap beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

Bagaimanapun, AS telah memberi penangguhan pelaksanaan tarif baharu itu selama 90 hari kepada 75 negara termasuk Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI