fbpx

Bila bab kutip tunggakan bil, bukan main cepat – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua dari kiri) melawat reruai pameran pada Hari bersama Komuniti NADI Air Kuning di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning,Tapah hari ini. Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

TAPAH – Syarikat telekomunikasi diberikan tempoh sehingga pukul 5 petang ini untuk menyelesaikan masalah berkaitan capaian internet lemah di seluruh negara atau bakal berdepan dengan tindakan tegas.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau telah menghubungi Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din pagi tadi dan mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi terlibat memberikan maklum balas segera terhadap maklumat capaian lemah yang telah disampaikan kepada mereka.

“Saya lihat syarikat telekomunikasi perlu lebih cergas selesaikan masalah. Bila bab kutip tunggakan bil, bukan main cepat. Kalau kita lewat sehari dua, terus dia (syarikat telekomunikasi) tutup talian tetapi apabila kita (pengguna) mengadu pada dia berbulan-bulan (untuk selesaikan masalah).

“I had enough (tiada lagi kompromi) dan saya minta sekiranya mereka tidak mengemukakan penyelesaian cergas dan tuntas menjelang jam 5 petang ini, esok SKMM akan ambil tindakan penguatkuasaan ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Bersama Komuniti (HBK) NADI Ayer Kuning di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Ayer Kuning di sini hari ini.

Katanya, tempoh itu selepas mengambil kira masalah sama berlaku di pelbagai lokasi termasuk di beberapa Kampung Orang Asli (KOA) di Ayer Kuning yang capaiannya sangat teruk.

“SKMM sudah buat pandu uji ke seluruh negara bulan lalu, untuk menguji kelajuan internet dan saya dapati syarikat telekomunikasi sangat lembap menyelesaikan masalah serta aduan.

“Syarikat telekomunikasi maklum mengenai perkara ini (isu capaian internet) jadi saya rasa mereka sepatutnya lebih pantas dan menyeluruh (untuk menyelesaikan perkara berkenaan).

“Saya sebelum ini, pernah pastikan ada perjanjian komersial dicapai syarikat telekomunikasi, tak kan menteri sendiri yang perlu kena uruskan (penyelesaian isu internet lemah). Syarikat perlu lebih pantas dan cerdas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI