fbpx

Ronaldo bayangkan Walid, ramai cari ‘admin’ MU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Instagram rasmi kelab bola sepak terkenal, Manchester United (MU), mencuri tumpuan netizen Malaysia selepas ‘admin’ memuat naik satu hantaran berunsur lucu.

Dalam hantaran itu, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo kelihatan sedang memejamkan mata, disertakan dengan suara latar yang kini tular di media sosial susulan fenomena drama Bidaah yang sedang hangat diperkatakan.

Ronaldo dilihat seolah-olah membayangkan Walid, watak utama dalam drama itu.

Kapsyen yang digunakan diambil terus daripada petikan popular dalam drama tersebut, sekali gus mencetuskan keterujaan apabila kelab bola sepak antarabangsa itu memilih untuk menggunakan jenaka tempatan sebagai kandungan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang yang memuji keberanian ‘admin’ MU kerana sanggup menggunakan pendekatan tempatan untuk menarik perhatian lebih ramai pengikut.

“Sumpah lah siapa admin,” komen @islahcanroseabdul.

“Siapa admin MU ni? orang Malaysia ke?,” kata @wanifaresh.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 43,000 tanda suka dan ribuan komen majoriti dari rakyat Malaysia yang masih cuba meneka identiti sebenar ‘admin’ akaun berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Manchester United (@manchesterunited)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI