fbpx

Real Madrid terus ditimpa ‘malang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Real, Luka Modric (kanan) diasak Declan Rice ketika tewas 0-3 kepada Arsenal pada aksi Rabu lalu. - AFP

MADRID – Gergasi Sepanyol, Real Madrid terpaksa menerima hakikat selepas permohonan mereka untuk beraksi menentang Alaves sehari lebih awal daripada jadual sepatutnya tidak dilayan oleh penganjur, La Liga.

Menurut laporan La Ser, permintaan Real untuk menentang Alaves di Stadium Mendizorrotza pada hari Sabtu tidak dilayan berbanding jadual sebenar malam ini agar mereka mempunyai lebih sehari rehat untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Ia susulan kekalahan 0-3 kepada Arsenal di Stadium Emirates pada Rabu lalu menyaksikan Los Blancos kini berdepan tugasan sukar untuk mengubah defisit itu bagi aksi timbal balik di Santiago Bernabeu awal pagi Khamis ini.

Bukan itu sahaja, masa depan pengendalinya, Carlo Ancelotti turut membayangi persiapan pasukan untuk menghadapi Alaves memandangkan mereka turut ketinggalan dalam perebutan kejuaraan La Liga musim ini.

Magis Ancelotti pastinya ditagih untuk menyerlahkan kebangkitan dan pertemuan dengan Alaves yang kini berada di kelompok bawahan dilihat cukup penting untuk terus menghimpit pendahulu, Barcelona.

“Saya dapat rasakan tanggungjawab atas apa yang berlaku. Ini adalah masalah buat kami, sukar untuk tampil kompak dengan baik dan jelas sekali detik ini sesuatu yang tidak bagus buat pasukan,” kata Ancelotti.

Laporan media di Sepanyol menyebut Ancelotti tidak akan dikekalkan hujung musim ini dan jawatan berkenaan dikaitkan dengan ketua jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso dan bekas pengendali, Zinedine Zidane.

Ketika ini Real berharap pemain tengah, Dani Ceballos dapat kembali ke pangkuan pasukan kerana ketiadaannya memberikan masalah dan kesukaran.

Bagaimanapun kehadiran semula Aurelien Tchouameni akan meringankan beban Real kerana bintang Perancis itu dijangka mampu menjadi pelindung kepada barisan pertahanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI