MINGGU ini, Diva terpanggil untuk kongsi tentang pelakon Keith Foo yang rajin betul menemani buah hatinya, Riena Diana ke acara atau temu bual bersama pihak media.
Jarang nampak lelaki menemani kekasih ke mana-mana lokasi tetapi berbeza pula Keith yang sanggup buat apa sahaja untuk Riena.
Ingatkan Diva seorang sahaja yang perasan, rupa-rupanya ramai sedar perkara itu.
Diva ada terbaca ruangan komen netizen yang meminta merpati dua sejoli itu segera menghalalkan hubungan.
Malah ada juga yang mempersoal mengapa Keith kerap menemani Riena ke semua acara.
“Memang Keith akan ikut Riena pergi semua tempat ke?
“Di mana ada Riena, di situ pasti ada Keith. Seronoknya Riena ada kekasih macam Keith,” komen netizen.
Alang-alang selalu berkepit, Diva doakan mereka cepat naik pelamin.
Bukan apa, tak manis orang tengok selalu sangat bersama. Cepat kahwin ya Riena dan Keith!
DIVA: Harap hubungan Syamsul Yusof dan keluarga kekal baik, tak mahulah bergaduh macam dulu.