fbpx

Padah ‘vape mushroom’, tidur tegak atas motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan seorang lelaki tidur tegak atas motosikalnya di jalan raya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meraih perhatian ramai apabila dikatakan tidur secara menegak atas motosikal selama berjam-jam di kawasan ladang kelapa sawit.

Menerusi hantaran pengguna Facebook @iwansari, pemuda itu dikatakan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap rokok elektronik atau vape.

Menurut pemilik video, dia melihat aksi penunggang motosikal itu ketika melalui lokasi berkenaan dan pemuda tersebut masih dalam keadaan sama ketika dia pulang selepas menghantar barang.

Video itu turut memaparkan terdapat rokok elektronik pada tangan kiri lelaki tersebut, manakala tangan kanannya memegang telefon bimbit.

“Sesiapa yang mengenali lelaki tersebut, mohon segera beritahu pihak keluarganya kerana sudah lama dia berada di situ,” katanya.

Di ruangan komen, ada pengguna media sosial mendakwa pemuda itu menghisap rokok elektronik perisa dadah mushroom selain ada yang memberitahu kemungkinan penunggang motosikal tersebut kepenatan pulang bekerja.

“Biasa kalau macam ini terjadi terjadi kerana rokok elektronik yang dihisap mengandungi perisa ‘mushroom’, di tempat kawasan rumah saya selalu juga jumpa orang muda ambil benda macam ini,” komen @wanzera.

“‘Mushroom’ ini, ia tak macam (seperti) dadah lain kalau hisap jadi macam zombie, pergerakan kita jadi perlahan kerana akibat kandungannya. Di Amerika Syarikat banyak orang ambil perisa mushroom Malaysia turut mempunyai bilangan ramai yang mengambilnya namun masih ramai belum dapat dikesan pihak atasan,” balas @muhddanish. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI