fbpx

Osimhen belum beri petunjuk masa depan karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN terus mempamerkan ketajaman apabila mengumpul gol ke-29 musim ini daripada 33 perlawanan yang diharungi. - AFP

ISTANBUL – Penggempur utama Galatasaray, Victor Osimhen mengakui masih terlalu awal untuk memikirkan tentang masa depannya kerana mahu memberi tumpuan bersama pasukan sehingga berakhir kempen musim ini.

Osimhen yang dipinjamkan daripada kelab Napoli terus menemui sentuhan penyudah apabila menjaringkan satu gol ketika menyaksikan pasukan menang 2-0 ke atas Samsunspor dalam aksi Liga Turkiye awal pagi semalam.

Kini, penyerang antarabangsa Nigeria itu telah meledak 29 gol secara keseluruhan dalam 33 perlawanan musim ini termasuk enam bantuan jaringan.

Prestasi memukau Osimhen menyaksikan beberapa kelab ternama seperti Paris Saint-Germain, Chelsea, Manchester United, dan Juventus bersedia untuk menebus kontraknya bersama Napoli apabila jendela perpindahan dibuka, Jun depan.

“Saya sedar sentiasa ada spekulasi melibatkan saya ketika ini tetapi ia langsung tidak menjejaskan tumpuan saya. Fokus utama sekarang adalah untuk menikmati karier bersama Galatasaray sehingga penghujung musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Osimhen mengakui gembira dapat membantu pasukan meraih tiga mata sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga ketika ini.

“Semua pemain sekarang bekerja keras untuk memastikan pasukan dapat menjulang trofi pada penghujung musim nanti. Ia bukan tugas yang mudah tetapi kita kena kekal konsisten,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI