fbpx

McLaren akan kekal pantas – Piastri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIASTRI berkeyakinan tinggi McLaren tidak akan terjejas disebabkan perubahan peraturan baharu pada Jun nanti. - AFP

SAKHIR – Oscar Piastri menolak dakwaan bahawa McLaren akan lebih perlahan susulan perubahan peraturan pada Jun nanti, sebaliknya menjangkakan pasukannya mampu terus kekal pantas sepanjang musim.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) akan memperkenalkan ujian beban sayap hadapan yang lebih ketat bermula Grand Prix (GP) Sepanyol pada 1 Jun ini bagi mengurangkan tahap kelenturan yang dibenarkan, selepas sebelum ini menangani isu sayap belakang.

Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner berkata, perubahan itu adalah signifikan dan terdapat ‘unsur tidak diketahui’ berhubung pasukan yang akan terjejas.

“Kita ada satu perubahan peraturan besar pada perlumbaan kesembilan. Masih tidak tahu bagaimana ia akan mempengaruhi rentak perlumbaan nanti,” kata Horner.

Bagaimanapun, Piastri tidak merasakan ia akan memberi kesan besar kepada McLaren yang kini mendahului kedua-dua kejuaraan.

Rakan sepasukan Piastri, Lando Norris kini mendahului carta keseluruhan dengan kelebihan satu mata di hadapan juara dunia empat kali, Red Bull, Max Verstappen yang menjuarai GP Jepun di Suzuka minggu lalu.

“Saya cukup yakin kami akan kekal kuat sepanjang tahun dan saya rasa ia tak akan mengubah banyak perkara. Sejujurnya, saya tidak banyak mengadakan perbincangan dengan pasukan mengenai perkara itu.

“Kita lihat nanti di Sepanyol tetapi masih banyak perlumbaan sebelum itu dan saya rasa kami akan terus menjadi pasukan yang kuat,” kata pemandu Australia itu menjelang GP Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI