MERIAH sambutan Syawal tahun ini dengan pelbagai perkongsian momen serta tema baju raya dalam media sosial.
Sudah tentu gaya serta pilihan selebriti turut menjadi perhatian termasuk anak pelakon Norman Hakim, Marissa Dania yang juga pempengaruh sensasi.
Diva perasan edisi Syawal kali ini wanita berusia 20 tahun itu tampak lebih selesa mengenakan baju kurung longgar. Ada apa-apa ke?
Melihat ruangan komen, ramai menebak Marissa kembali berbadan dua selepas bersalin pra-matang pada Ogos tahun lalu.
Begitupun, dia tidak memberikan sebarang maklum balas mahupun mengesahkan spekulasi tersebut.
Kalau benar, kita ucapkan tahniah dan mendoakan semoga Marissa melalui fasa indah bakal bergelar ibu dengan tenang.
Jika dia belum bersedia buka mulut, kita hormati sahaja kerana mesti ada sebab mengapa dia berbuat demikian. Teruslah mendoakan kesejahteraannya.
DIVA: Ramai tertunggu-tunggu gambar raya Marissa dengan Aslam.