fbpx

Lima termasuk Ahli Parlimen Raub akan diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

RAUB – Polis akan mengambil keterangan lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui kerana menghalang tugas penjawat awam yang menjalankan operasi penebangan pokok durian musang king di tanah kerajaan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd. Shahril Abdul Rahman berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Sehingga kini sebanyak tiga laporan polis diterima dan siasatan giat dilakukan. Lima individu akan dipanggil memberi keterangan,” katanya hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan sekumpulan pekebun durian mengadakan demonstrasi di pekan Klau di sini sehingga menyekat laluan pihak penguat kuasa untuk melakukan operasi penebangan musang king haram.

Semasa kejadian kira-kira 50 orang bertindak menghalang laluan dengan membawa kain rentang sebagai tanda bantahan kerana memusnahkan tanaman durian yang disyaki ditanam kira-kira 30 tahun lalu.

Bagaimanapun pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Raub dan Pasukan Gerakan Am Batalion 7 berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI