fbpx

Liga Super: KL City sedia baham Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brendan Gan antara watak penting yang dijangka berada dalam kesebelasan KL City malam ini. - Foto ihsan KL City

KEPUTUSAN Kuala Lumpur City menurunkan pemain senior ketika aksi Piala MFL, Rabu lalu seakan menjadi tindakan penting untuk mengembalikan kecergasan pemain bagi menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan terbaik.

Walaupun ada yang mengkritik tindakan KL City, ia mungkin dianggap perlu memandangkan pengendali The City Boys, Miroslav Kuljanac sudah pun mengeluh tentang tahap kecergasan anak buahnya ketika tewas 1-2 kepada Perak, Ahad lepas.

“Apa yang saya lihat apa yang berlaku (ketika menentang Perak) adalah kami tidak fokus, alami keletihan. Kami akan lakukan perbincangan antara kami untuk melihat dan mencari penyelesaian bagi membolehkan kami mendapatkan mata di Pulau Pinang.

“Perlawanan selepas ini akan jadi satu lagi cabaran dan realiti sekarang adalah kami akan mencuba untuk mendapatkan tempat keenam Liga Super,” katanya.

Aksi semasa tiga pemain senior yang ketua pasukan, Paulo Josue, Giancarlo Gallifuoco dan Jovan Motika yang menghasilkan jaringan dalam aksi Piala MFL sebelum ini menghadirkan kelegaan buat Kuljanac untuk merangka taktikal lebih baik untuk berdepan Penang di Stadium Bandaraya, malam ini.

Daripada rekod liga perlawanan lepas, KL City mempunyai pencapaian agak baik apabila meraih dua kemenangan dan sekali seri  manakala hanya mampu mendapatkan dua mata dalam tiga aksi terakhir di laman sendiri.

Sama seperti KL City, pengendali Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail juga mempunyai misi sama untuk mendapatkan mata maksimum dalam dua aksi terakhir bagi menempatkan pasukan di kedudukan terbaik di hujung musim nanti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI