fbpx

Liga Super: KDN FC catat kekalahan ke-20, tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takumi (kanan) melepaskan rembatan ke arah gawang KDN FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi. - Foto IHSAN MFL

KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mencatatkan kekalahan kali yang ke-20 dalam saingan Liga Super musim ini apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan KDN FC terus berada di tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul tujuh mata selain menambah koleksi bolos sebanyak 62 jaringan setakat ini.

Pada perlawanan itu, Negeri Sembilan FC yang sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-42 menerusi Takumi Sasaki dan jaringan itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat tampil dengan aksi lebih bertenaga untuk menambah koleksi jaringan, namun setiap peluang terhidang gagal dimanfaatkan sebaik mungkin.

Tuan rumah bernasib baik pada ke-77, apabila Nasrullah Haniff Johan yang masuk sebagai pemain gantian tertampan bola ke gawang sendiri sekali gus mengikat kedudukan kepada 1-1.

Nasrullah Haniff tidak mudah hilang fokus, sebaliknya menjadi wira Negeri Sembilan apabila meledak jaringan kemenangan pada masa tambahan sekali gus memberikan tiga mata berharga buat pasukannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI