fbpx

Liga Super: Elak sekadar penuhi kuota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC antara pasukan yang terjejas prestasi ekoran masalah kewangan hingga menyebabkan pemain tidak menerima gaji. - FB KDA FC

PASUKAN yang bertanding Liga Super digesa membuat persiapan lebih serius bagi mengharungi saingan musim depan supaya mereka mampu mencapai standard lebih baik dan mengelak menjadi mangsa belasahan kelab-kelab berpengaruh seperti yang dialami pada kempen musim ini.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli mengakui ‘trend’ semasa dalam saingan liga tempatan ketika ini tidak sihat untuk peminat bola sepak tanah air kerana ia menunjukkan jurang kualiti yang ketara buat semua pasukan yang bertanding.

Kata Pekan, lebih baik kelab-kelab yang menghadapi isu di luar padang memikirkan semula mengenai masa depan pasukan supaya tidak rasa terbeban apabila bertanding dalam kempen Liga Super nanti.

“Kita tahu semua pasukan nak main dalam Liga Super, tetapi tiada guna jika mereka hanya menjadi mangsa belasahan. Kalau betul-betul mereka ada niat nak kekal, lebih baik siapkan pasukan dengan lebih teliti pada pada musim depan.

“Beberapa keputusan yang dilihat dalam saingan liga baru-baru ini mencerminkan jurang kualiti yang ketara sekali gus menyaksikan Liga Super tidaklah kompetitif seperti yang dijangka.

“Malah, kekalahan demi kekalahan juga bakal memberi perasaan yang kurang senang dalam kalangan penyokong untuk melihat pasukan mereka beraksi. Saya harap kelab-kelab ini tidak rasa terpaksa untuk bermain dalam Liga Super jika sekadar mahu menjaga imej (kenegerian),” katanya kepada Kosmo!

Sebagai rekod, dua keputusan Liga Super melibatkan kekalahan Kedah Darul Aman (KDA FC) yang tewas 1-6 kepada Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang dimalukan 0-9 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dikritik oleh peminat bola sepak tanah air.

Skuad Kijang Emas dilihat mengalami isu yang lebih parah sejak Januari lepas apabila turut dibelasah Selangor FC 0-7, Penang FC 1-6 dan Perak FC 0-7.

Mengulas lanjut, Pekan mengakui konflik kewangan mungkin menjadi faktor utama kelab-kelab seperti ini gagal memberi saingan yang diharapkan.

“Bagaimana pemain mahu memberikan sepenuh hati jika tidak dibayar dan sudah tentu motivasi mereka juga terjejas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI