fbpx

Lebih 116 tan sampah dikutip hari pertama Ops Mega Putra Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rumah penduduk yang musnah dalam letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.

SUBANG JAYA – Sebanyak 116.22 tan sampah berjaya dikutip dalam hari pertama pelaksanaan Ops Mega Pembersihan Putra Heights semalam, susulan insiden kebakaran saluran paip gas yang berlaku pada 1 April lalu.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, secara keseluruhan tahap kemajuan kerja pembersihan berada pada 80 peratus membabitkan 12 zon utama dan kawasan dikendalikan KDEB Waste Management (KDEBWM).

“Antara kawasan paling tinggi jumlah sisa dikutip adalah Zon 10 dengan 24 tan, diikuti kawasan KDEBWM (27 tan), Zon 3 dan Zon 4 (masing-masing 12 tan).

“Di Zon 9 (lapan tan sisa kutipan), Zon 11 dan 12 (tujuh tan), Zon 1, 2, 5, 7 (masing-masing dengan enam tan) manakala Zon 8 iaitu 2.2 tan,” katanya hari ini.

Jelas kenyataan itu, skop kerja yang dijalankan termasuk mengangkat sampah dibuang penduduk, mencuci lorong belakang, mencuci longkang dan jalan.

Selain itu, ujar kenyataan itu, kerja-kerja berkenan turut melibatkan pembersihan serpihan binaan, memotong pokok mati, mencuci ruang car porch (yang dibenarkan) serta kawasan taman permainan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI