fbpx

Kebakaran paip gas: Kesihatan mangsa di ICU bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rumah penduduk yang musnah dalam kejadian letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.

PUTRAJAYA – Tahap kesihatan seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Selangor kini bertambah baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun itu telah dirawat di ICU sejak insiden 1 April lalu.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan tahap kesihatan mangsa kini bertambah baik, namun masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Saya telah berpeluang menziarahi mangsa pada hari kedua insiden itu ketika mangsa dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan World Physical Activity Day (WoPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Katanya, setakat 3 petang semalam, jumlah mangsa yang masih dirawat di hospital adalah seramai 30 orang dengan 13 di fasiliti KKM dan 17 orang di hospital swasta.

Dr. Dzulkefly berkata, setakat hari ini, 120 orang mangsa insiden telah dibenarkan keluar daripada hospital berbanding 150 orang yang dirawat sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI