fbpx

Kad pengenalan, setem, poster Menara KL antara barangan dalam kapsul masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir di Menara Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kad pengenalan, album gambar, setem, poster dan teks sajak antara barangan disimpan dalam kapsul masa yang ditanam di Menara Kuala Lumpur, di sini pada 1 Oktober 1996.

Setiap barangan dibawa keluar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Antara barangan lain yang disimpan adalah not kertas RM2, keratan akhbar lama, gambar tokoh pemimpin, poster Menara Kuala Lumpur serta sekeping cakera padat.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang itu menjadi sejarah apabila kapsul masa berkenaan dibuka selepas hampir tiga dekad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI