fbpx

EPL: Liverpool dalam ‘mood’ paling baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRADLEY (kiri) bakal mengisi posisi bek kanan menjelang aksi bertemu West Ham apabila Alexander-Arnold mengalami kecederaan. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengesahkan bahawa bakal menggunakan khidmat Conor Bradley di posisi bek kanan menjelang aksi menentang West Ham United di Anfield.

Bradley sebelum ini terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan otot ketika bertemu Aston Villa pada Februari lalu dan terlepas tujuh perlawanan bersama Liverpool dalam semua kejohanan.

Perkembangan mengenai tahap kecergasan Bradley menggembirakan Slot selepas beliau kehilangan Trent Alexander- Arnold yang mengalami kecederaan buku lali sehingga menyebabkan Liverpool terpaksa menggunakan Curtis Jones di posisi berkenaan ketika tewas 2-3 berdepan Fulham di Craven Cottage minggu lalu.

Bagaimanapun, Jones gagal memberikan impak sebelum Bradley yang belum cergas sepenuhnya ketika itu terpaksa dibawa masuk dan mampu memberikan keseimbangan selain menghasilkan umpanan gol buat Luis Diaz.

“Sudah tentu perkembangan Bradley melegakan kami. Apabila pemain berkualiti kembali pada tahap terbaik, pasukan bakal menikmati hasilnya. Jones merupakan pemain berkualiti, tetapi posisi itu tidak sesuai untuknya.

“Conor sudah melakukan perkara yang baik sepanjang musim ini, seperti juga Trent. Apabila Trent tidak dapat beraksi, anda melihat ada pemain yang mampu mengisi kekosongan itu, pasti sangat menggembirakan,” kata Slot.

Liverpool juga bakal turun dengan motivasi yang cukup tinggi menentang West Ham kali ini selepas penggempur utama, Mohamed Salah mengesahkan untuk kekal dua tahun lagi di Anfield dengan menandatangani kontrak baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI