fbpx

EPL: Amorim mungkin rehatkan Onana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA mungkin direhatkan pada perlawanan menentang Newcastle sebagai ‘hukuman’ aksi hambar dipamerkan ketika menentang Lyon. - AFP

MANCHESTER – Kesilapan yang dilakukan ketika Manchester United terikat 2-2 menentang Lyon pada aksi Liga Europa kelmarin bakal memberi kesan besar buat Andre Onana apabila dia mungkin direhatkan menjelang aksi menentang Newcastle United malam ini.

Pengendali United, Ruben Amorim dilaporkan bersedia meletakkan penjaga gol itu di bangku simpanan pada aksi yang berlangsung di St. James Park ketika pasukan itu terdesak meraih kemenangan untuk mencari kedudukan yang lebih baik.

Pemain antarabangsa Cameroon itu bertanggungjawab terhadap gawang United yang bolos dua kali termasuk pada minit-minit akhir perlawanan sehingga menyebabkan mereka terlepas peluang meraih kemenangan dan mendapat bekalan lebih baik menjelang aksi kedua.

Susulan itu, Amorim dilapor memberi bayangan bahawa beliau tidak dapat menjamin kedudukan Onana dalam kesebelasan utama untuk aksi bertemu Newcastle menyebabkan pilihannya mungkin beralih kepada penjaga gol kedua, Altay Bayindir.

“Andre Onan mungkin akan digugurkan menjelang aksi menentang Newcastle, namun ia mungkin hanya bersifat sementara dan akan kembali menjadi pilihan menjelang aksi suku akhir kedua bertemu Lyon di Old Trafford,” menurut satu laporan di England.

Dalam pada itu, Amorim juga dilapor mula melihat peluang yang lebih besar untuk United mara lebih jauh dalam saingan Liga Europa menyebabkan beberapa pemain termasuk kaptennya, Bruno Fernandes juga mungkin akan direhatkan.

“Adakalanya memenangi perlawanan adalah cara terbaik untuk bersiap pada aksi seterusnya. Namun, sudah pasti kami perlu berhati-hati, tetap kami juga perlu pastikan terus kekal kompetitif.

“Kami akan membuat penilaian yang teliti dengan semua kakitangan berdasarkan data yang kami ada,” kata Amorim. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI